another you

Ahad, 8 Februari 2009

Sejarah dan KIta

Pengertian Sejarah

"Terdapat beberapa istilah dan pengertian sejarah yang telah diberikan oleh ahli-ahli sejarah atau sejarawan"
  1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud

    I. asal-usul
    II. keturunan
    III. riwayat
    IV. etnik

    A.
    I, II dan III

    B.
    I, II dan IV

    C.
    I, III dan IV

    D.
    II, III dan IV


    *Muhd. Yusof Ibrahim*

  2. Tokoh di atas merujuk kepada sejarawan tanah air kita.

    Apakah takrif sejarah mengikut beliau

    A.
    Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

    B. Tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

    C. Rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

    D. Merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku



    * Syajaratun*
  3. Istilah sejarah di atas berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

    A.
    kedudukan

    B. kehidupan

    C. kejayaan

    D. pohon


    *Penulis Sejarah -> Tun Sri Lanang
    *Karya -> X
  4. Tun Sri Lanang merupakan penulis sejarah awal negara kita. Apakah karya X yang ditulis oleh beliau

    A.
    Sejarah Melayu

    B. Tuhfat al-Nafis

    C. Sejarah Alam Melayu

    D. Hikayat Malim Kundang


    * Ibn-Khaldun*
    * Herodotus*
    * Muhd. Yusf Ibrahim*

  5. Tokoh di atas merujuk kepada sejarawan yang membuat takrifan tentang sejarah. Apakah pendapat yang dikemukakan oleh Herodotus dalam mentakrif maksud sejarah?

    A.
    Catatan rekod mengenai sesuatu yang berlaku pada suatu masa yang lalu

    B.
    Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

    C.
    Menjalinkan maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah

    D.
    Membolehkan kita memahami dan mmempelajari peristiwa -peristiwa yang telah berlaku


    Ciri-ciri Sejarah


    * Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan *

  6. Peristiwa di atas meruk kepada ciri-ciri sejarah
    Ciri sejarah tersebutalah

    A.
    sebab dan akibat

    B.
    bila dan akibat

    C.
    penting dan bermakna

    D.
    fakta yang tepat dan benar

  7. Anda berpeluang untuk menghadiri upacara perbarisan Hari Kebangsaan yang merupakan peristiwa yang amat bermakna untuk negara. Mengapakah 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang sangat bermakna?

    A.
    Tamatnya era penjajahan di negara kita

    B.
    Bermulanya kegemilangan Tanah Melayu

    C.
    Menaikkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat

    D.
    Generasi muda mempertahankan kemerdekaan negara


    *Tahun Islam bermula dari tarikh Nabi Muhammad s.a.w berpindah dari Makkah ke Madinah*

  8. Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

    A.
    kurun

    B. zaman

    C.
    Masihi

    D. Hijrah


    * Para sejarawan perlu mengetahui apa, siapa, bila di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku *

  9. Maklumat di atas merjuk kepada ciri-ciri sejarah. Apakah ciri-ciri tersebut?

    A.
    Fakta yang tepat dan benar

    B.
    Sumber sejarah dan kesan

    C.
    Penting dan bermakna

    D.
    Sebab dan akibat


    Sumber Sejarah

    *Manuskrip ---> Naskhah tulisan atau bahan yang disediakan oleh peulis untuk dicetak dan diterbitkan*

  10. Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti manuskrip. Sumber di atas dikategorkan sebagai

    A.
    rujukan

    B. kedua

    C.
    kajian

    D. pertama


    *Q -----> Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau. *


  11. Rajah d atas merujuk kepada sumber sejarah. Q ialah....

    A. manuskrip

    B. artifak

    C. mamia

    D. fosil


    * Sumber Kedua -----> Sumber kedua merpakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum*

  12. Antara sumber kedua ialah

    I. ensiklopedia

    II. risalah

    III. majalah

    IV. fosil


    A. I, II, dan III

    B. I, II, dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV


    * Sumber daripada batu nisan yang dipahat mengandungi nama Sultan Mansor Shah yang pernah menjadi sultan *

  13. Maklumat di atasmerujk kepada sumber sejarah. Sumber tersebut ialah

    A. Sumber sekunder

    B. Sumber Tertier

    C. Sumber Primer

    D. Sumber Teras


    * Sumber kedua juga dikenal sebagai sumber sekunder *

  14. Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah merujuk kepada sumber kedua?

    I. Warta Malaya

    II. Batu nisan dan penanda

    III. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan

    IV. Warkah Sarawak

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV


    Kaedah Pengkajian Sejarah


    * Internet
    * Cakera padat
    * Pita rakaman

  15. Perkembangan pesat ilmu dan teknologi turut mempengaruhi sumber sejarah. Kesemua kaedah di atas dikenal sebagai

    A. kaedah lisan

    B. kaedah arkeologi

    C. Kaedah bertulis

    D. kaedah pandang dengar



    *Ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu dapat disahkan *

  16. Apakah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut?

    A. kaedah lisan

    B. kaedah bertulis

    C. kaedah pandang dengar

    D. kaedah arkeologi


    Memilih ---> Mentafsir -----> Membanding

  17. Para sejarawan perlu melalui proses seperti di atas sekiranya mendapatkan maklumat melalui kaedah lisan. Mengapa?

    A. Terjamin keaslian maklumat yang diterima

    B. Membuktikan kebenaran fakta sejarah

    C. Wujudnya unsur tokok tambah

    D. Menimbulkan perasaan ingin tahu



    Pentafsiran Sejarah

    *Tokoh---> Dato' Maharaja Lela *Negeri ---->Perak*
    *Tokoh---> Mat Kilau * Negeri ----> Pahang*

  18. Berdasarkan jadual di atas, apakah sumbangan tokoh tersebut?

    A. Membolot kekayaan ekonomi di Tanah Melayu

    B. Mencetuskan pemberontakan di Tanah Melayu

    C. Menentang penjajah British di Tanah Melayu

    D. Memperkenalkan Sistem Residen di Tanah Melayu


  19. Sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah. Apakah kepentingan sejarawan bersikap demikian?

    A. Menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia

    B. Mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara

    C. Masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan benar

    D. Merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin


    Kepentingan Sejarah

  20. Antara berikut yang manakah dapat dikaitkan dengan pembelajaran sejarah?

    I. Boleh dijadikan iktibar dan pengajaran

    II. Memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara

    III. Memasyhurkan nama negara di mata dunia

    IV. Memberikan kamanan sejagat kepada dunia

    A. I dan II

    B. II dan III

    C. III dan IV

    D. I dan IV


kembali ke atas



BETUL



SALAH